Monday, May 31, 2010

Our wiken

Asslamualaikum..........

Ketemu lagi kita diarena berbloging cewah...... emm amacam u allsssss cuti 3 hari apa program yang telah dibuat semestinya bermacam-macam program dah dilakukan kan. Sama la dengan kami sekeluarga tapi tak de la 3 hari tu berjalan je. Cuti 3 hari yang paling best untuk mysweety pie Atie Ana and semestinya mama la hihihi sebab leh jalan-jalan, but orang yang paling penat myhubby coz nak kena layan mama and our little princes la(tak pe la hubby cayang sekali sekala bawak family jalan-jalan). Hari jumaat bawak Atie Ana pegi shopping mall Ipoh Parade coz nak belikan baju untuk baby also for Atie Ana jugak and pada sebelah petang pulak bawak Atie Ana pegi main-main at playground, Atie Ana seronok sampai berpeluh-peluh. Dia main sampai tak hingat punya tapi nasib baik senang nak ajak balik maybe dah penat sangat kot.



Pada hari sabtu lak, kami sekeluarga pegi tempat main-main air at Lost World Of Tambun. Actually dah lama nak bawak our sweety pie ni pegi main-main air kat sana tapi keadaan tak mengizinkan. Kalau ikutkan mama nak gi Peneng nak makan mee udang and ikan bakar kat sana tapi fikir-fikir balik bila lagi nak bawak si kecik ni pi Lost World ye la bila baby dah kuar susah lak so we all decide pegi main-main air, Peneng next time baru gi. Masa kat Lost World tu orang yang paling happy and excited nak main air mesti la mysweety pie ni, masuk je terus nak terjun dalam air tu tapi abah ajak gi kat petting zoo dulu after that baru boleh gi main air. Nasib baik Atie Ana tak mengamuk dia ikut je



Banyak jugak pictos yang kami ambik tapi kat area tu banyak pokok and hari pun gelap nak hujan so kebanyakan pictos tak cantik hanya a few je yang ok. Masa kat Petting Zoo ni ingatkan Atie Ana takut ke apa ke tapi rupa-rupanya dia yang paling excited nak feed pet-pet tu, cuma masa kat rumah ular je dia tak berani nak jalan sebab lantai dia kaca Atie Ana takut kaca tu pecah. Kitaorang salah pilih timing untuk feed binatang-binatang kat situ, feeding time untuk pet-pet pukul 4.30pm but worker kat situ bagi la jugak kitaorang bagi makanan kat pet-pet tu. Bila dah puas jalan-jalan kat petting zoo tiba la masa nak main-main air. Atie Ana dah tak sabar dah siap tak sempat-sempat nak tukar baju terus nak pegi main air. Pictos tak banyak sebab kamera kat dalam loker tak sempat nak ambik mana taknya Atie Ana dah tak leh sabar nak main air. Bila abah tengok mama leh control Atie Ana then myhubby pegi ambik kamera. Last sekali mama teringin nak gi berendam kat kolam air panas( tak de la panas sangat suam-suam je) best sangat only mama and Atie Ana je yang berendam abah tukang ambik gambar hihihi.


Masa mama dengan abah nak solat Asar, Atie Ana dah tak tahan penat agaknya habis je susu sebotol terus terlelap. Kecian anak mama penat main air ek cayang. On the way balik abah stop kat pasar malam beli makanan cikit, mama pun dah tak larat nak masak balik nanti. To my hubby thank you cayang Atie Ana and mama happy sangat. On sunday kami sekeluarga dok umah je bagi abah rehat hari Isnin abah keje.

Thursday, May 27, 2010

Awalnya.......

Asslamualaikum.....

Sekarang dah hampir penghujung bulan 5 tak lama lagi bulan 6 akan menjelma. Seperti we all tahu bulan Ramadhan akan datang lagi dan for sure ada sesetengah ibu-ibu sibuk buat persiapan raya untuk anak-anak termasuklah saya(hihihi nak di jadikan cerita). Pada awal bulan 5 hari tu saya dan suami dah pun membeli serba sedikit untuk persiapan raya tahun ni disamping persiapan untuk menyambut orang baru dalam family kami. Boleh dikatakan agak awal la kami membuat persediaan raya tahun ni, bukan apa sebab buat persiapan awal kerana saya punya due date pertengahan bulan 7 so sudah semestinya saya akan berpantang sehingga bulan Ramadhan confirm tak sempat nak buat persiapan. Tahun ni hubby saya terpaksa akur dengan tema ibu mengandung ni iaitu warna pink(hihihi cian abah), walau macammana pun mama bagi can kat abah dulu pilih warna pink yang macam mana abah nak(kira fair la kan). Tapi yang paling best hubby saya awal-awal lagi dah choose handbag n kasut untuk saya, thank u cayang mama cuka sangat handbag n kasut tu. Kat cini saya ada uploadkan a few pictos(pinjam word mummy isya hihi) baju raya kami.


Plain for Abah, bunga for Mama and for Izzati mix mama+abah


Handbag & kasut mama



Baju Atie Ana




Baju myhubby cayang

Rasanya cukuplah setakat ni dulu entry kali ni, next time saya share pasal persiapan untuk menyambut orang baru pulak ok.

Saturday, May 22, 2010

Keletah Atie Ana

Assalamualaikum

Salam ukhwah kepada semua dan harap-harap semua sihat sejahtera hendaknya. Entry kali ni still nak bercerita pasal si tecik kecayangan saya ni Atie Ana. Mana taknya hari-hari asyik dok tengok telatah dia yang macam-macam, kejap dia behave and kejap suka mengusik mama dengan abahnya(so notty sikalang tau). Nak dijadikan cerita, semalam semasa saya and hubby tengah solat magrib tetiba Atie Ana datang menyelit nak solat sekali itupun kami dah di rakaat yang terakhir tapi tak apa la, cayang mama baru nak belajar solatkan. After kami siap solat saya pakaikan dia kain telekung so sweet anak mama ni, semoga anak mama jadi seorang yang solehah, sentiasa melakukan suruhan Allah, taat kepada orang tua dan sentiasa berbuat baik Insyaallah.



Video-video yang kat bawah ni jugak pasal permata hati saya yang sorang ni. Dari kecil lagi macam-macam yang dia buat semua sorang-sorang. Dia tak kisah main sorang kadang-kadang kecian jugak kat dia tak de kawan, but best friend dia dari kecik sampai sekarang her vely loving father my Mr. Fakhruddin. Semua video ni abah Atie Ana yang ambik.




Video ni masa Atie Ana umur 1 thn 4 bln



Kat umah tok cik



Borak kocong dgn tok cik cayang

Hari demi hari macam-macam lagi la keletah dia yang baru timbul and setiap keletah Atie Ana menjadikan hari-hari yang mama and abah ceria even sometimes agak mengada-gada(hihihi biasa la anak manja). Atie Ana adalah anugerah yang tidak ternilai buat mama and abah, Atie Ana pengerat kasih sayang mama and abah. We love you so much cayang.

Thursday, May 20, 2010

L@puk Dek Z@m@n T@pi Tet@p Seg@r Di Ing@tan

Assalamualaikum.......... u allsssssss

For this post saya nak story cikit pasal perkenalan saya dengan hubby cayang iaitu 9 tahun yang lepas. Emmm... idea nk tulis story ni lahir daripada mybest kazen for ever n ever mummy isya cute mute tu. As u all know, 16/5/2010 genaplah 9 tahun perkenalan saya dengan hubby tercayang and banyak la kicah-kicah yang happy, cedih, cuka, duka n segala jenis rasa la(secukup rasa la katakan cewahhhhhh). But for this post saya just nk citer macam mana saya leh kenal my hunny bunny Mr. Fakhruddin ni.
Nak mulakan citer, masa tu umu saya baru 16 tahun 5 bulan(form 4) tengah budak-budak lagi masa tu. Kebetulan pulak hari tu 16/5/2001(eh balu pelasan sama umur dgn talih arrr hihihi) ada jualan buku di sekolah. Mesti u all ingat saya jumpa hubby masa tgh beli bukukan oh silap......perkenalan kami bermula masa saya tengah tunggu abang ipor saya datang ambik kat pintu pagar sekolah. Biasanya bunyi je loceng terakhir sesi persekolahan, abg ipor saya dah menunggu kat luar pagar sekolah tapi hari tu dia lambat pulak. So masa tengah tunggu tu ada la kerani sekolah bagi note kat saya(Hubby guna kerani sekolah jadi posgal). Masa tu ingatkan note apa la, rupa-rupanya note perkenalan dari si dia. Tak banyak yang dia tulis just a few word yang berbunyi mcm ni

"Hi miss nice to know you, how about to be a friend pls call me 09-*******"

Masa tu saya dah tak pandang kiri kanan depan belakang dah and masa tu muka hubby saya tak pandang(tak tahu rupa dia macam mana masa tu). Dalam hati cepat la sampai abg ipor aku, after 5 minit saya baca note tu abg ipar saya sampai. Saya tinggalkan si dia dengan tanda tanya hihihi. After 1 week, tetiba tergerak hati saya nak call si dia and then saya pun call la dia waktu tu saya kat hospital temankan ank sedara saya kat wad. Hari tu hari jumaat, dalam pukul 2.30pm(lebih kurang la) datang la 2 orang mamat yang tak dikenali duduk dekat saya n masa tu hubby saya pun tegur la saya. Masa tu baru saya tengok rupa paras hubby saya(hensom jgk ek mamat ni hihihi puji hubby cendiri lak). Mamat yang sorang lagi tu kezen dia (org Mr. Redwan hubby to mummy isya) tapi dia dok jauh cikit la maybe tak mo kacau daun la katakan. Dari citu bermulalah episode perkenalan kami bukan percintaan tau.

Ok lah rasanya cukuplah setakat ni dulu entry kali ni(berjela jela panjangnya hihihi). Next time kita cambung lagi, ni siap leh wat novel ni. To mummy isya u wait ek for the next entry, dis post specel for u k.

Monday, May 17, 2010

Doaku

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah

Thursday, May 13, 2010

Syahdunya.......

Assalamualaikum
slmat malam u all..... emm sunyi je malam ni biasanya ada jugak bebudak dok main-main kt luar 2. Sekarang ni bila jam dah menjangkau ke angka 11.30 hubby tercayang mula la mencari bantal dgn tilamnya untuk melabuhkan tirai mlmnya(dah siap bermimpi2 lagi 2). Post ni bukan nak citer pasal hubby cayang tapi nak citer pasal myhunny bunny izzati Farhan. Sekarang ni Si buah hati tercayang tengah dok tengok citer kartun kegemaranya kt tb sambil-sambil tu berlari masuk bilik sebab takut tengok lipas depan tb bila lipas tu tak ada dia pi dok balik depan tb. Nak dijadikan cerita semalam seperti biasa sebelum Atie Ana tido macam-macam karenah dia buat nak tu nak ni sampai abah dia pun tak larat nak layan last-last abah yang lentok dulu. Jangan tak tau Atie Ana dah pandai main game kat komputer sekarang ni, so mama la yang melayan Atie Ana. Tengah dok melayan si kecik ni tetiba dia pegang tangan mama n then letak kat pipi dia lepas tu dia nyanyi. Mula-mula tak berapa faham lagu apa yang dia nyanyi lama-lama baru terlintas rupa-rupanya dia nyanyi lagu ni "Ibu,Ibu engkaulah ratu hatiku, bila ku berduka engkau hiburkan selalu"(Iklan susu Feanleaf). Masa tu ya Allah syahdunya rasa nak gugur air mata ni, mylittle doter yang baru berusia 3year and 2 month ni nyanyi lagu tu dengan penuh manja. Tapi cayang sekali mama tak dapat rakam masa tu ye la dah nak tido phone pun dah tak kisah dok mana but it was a great moment cayang even no body see it. After Atie Ana dah habis nyanyi lagu tu dalam pelukan mama dia terus tidur sampai la ke pagi. Mama cayang Atie Ana always muahhhhh kat pipi dia.

Wednesday, May 12, 2010

Terima Kasih Sayang

16 Mei 2010 genaplah 9 tahun perhubungan antara saya dan juga suami tercayang Mr.fakhruddin. Rasa baru semalam je menyulam cinta dgn dia tp rupa-rupanya dah nak dapat anak ke-2 dah. Walau mcm mana pun kasih cayang kami tetap sama macam mula-mula bercintan cintun dulu. Video ni saya buat khas untuk suami tersayang, hopefully cayang cuka dgn video ni k.



Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan
Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah
Maaf jikaku tak sempurna
Tika bahagia mula Menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran
Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu
Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah