Cuti sekolah 2 minggu dah berakhir, hari ni hubby tersayang kembali menjalankan tugas sebagai seorang pengajar bermula semula and tinggal la Atie Ana wif mama kat umah. 2 minggu kat kampung rasa tak puas tapi tak mengapa lagi 3 minggu akan pulang lagi kepangkuan ayah dan ibu tersayang tunggu kepulangan kami nanti ye. Apa yang dirancang untuk cuti sekolah kali ni boleh dikatakan berjalan lancar, nak buat sembahyang hajat, menjenguk anak sedara baru kat Johor, meluangkan masa wif my sweet kazen mummy Isya pun sempat. Emmm... sayang sekali pictos anak sedara baru tak ada dengan saya kalu tak boleh letak kat blog ni. Travel kali ni agak singkat dalam masa 3 hari untuk 2 negeri, hari jumaat bertolak dari Kelantan ke Johor jam 9 pagi bersama dengan Aiman(anak sedara-second driver), ibu mertua kesayangan ku, hubby and my little princes perjalanan kami mengambil masa 11 jam ( oh sungguh memenatkan) kami sampai dalam pukul 8 mlm. Family kak Asiah sampai kul 2.30Am from Peneng masa tu saya dah penat sangat dah tak larat nak angkat kepala dah. Hari sabtu rileks je kat umah but myhubby and aiman termasuklah saya sempat pegi jalan-jalan kat sekitar Taman Universiti Skudai. Pada hari ahad jam 10 pagi semua bertolak ke Kuala Lumpur menuju ke rumah biras saya iaitu kak siti di Sepang kemudian ke rumah Ibu sedara myhubby adik ibu mertua saya yang kami panggil Ummi di Setiawangsa dan perhentian yang terakhir sebelum pulang kami singgah di rumah biras saya kak Raihan di Bukit Setiawangsa dekat je dengan umah Ummi. Dalam pukul 11 malam kami semua bertolak pulang ke kelantan dan tiba jam 5 pagi. Orang yang paling penat adalah saya sendiri tido tak hingat punya.... macam la saya yang bawak keta hihihihi but sekali sekala memang best travel ramai-ramai macam ni.
8 years ago