Wednesday, August 18, 2010

Kelahiran Puteri Kedua Kami

Syukur kepada yang maha esa dengan izinnya saya telah selamat melahirkan Nur Izzah Insyirah Bt Mohd Fakhruddin seberat 3.2kg pada 3 Julai 2010 tepat jam 9.25pagi di Hospital Tumpat. Alhamdullilah bersalin kali ni cukup mudah hanya sakit sekejap saja berbeza ketika bersalin anak pertama. Saya pulang ke kelantan pada hari Jumaat 2 Julai 2010 bertolak selepas hubby selesai solat jumaat dan kami tiba di rumah mentua saya jam 9 mlm. Dalam pukul 2 pagi saya mula rasa sakit sikit sikit sampai pagi saya tak dapat tidur sbb sakit kemudian selepas solat subuh sakit makin kuat terus saya kejutkan mr.hubby ajak gi hospital. Sampai kat hospital jururawat bawak saya ke wad bersalin n time tu jalan baru buka 2cm so saya ditempatkan di wad dulu coz jururawat tu agak maybe tengah hari baru saya bersalin tapi tak sampai 5 minit saya rasa sakit sangat n then air ketuban pecah beserta dgn darah. Saya terus dibawa ke labor room, nak dijadikan cerita semua jururawat kelam kabut mana taknya barang-barang semua tak ready lagi and time tu tak tahan sgt rasa nak naik katil pun tak sempat dah. Tak sampai 15 minit saya selamat melahirkan puteri kami Nur Izzah Insyirah(nama ni hubby yang pilih). Terlalu cepat sampai hubby pun tak sempat nak masuk labor room(gelisah hubby kt luar tunggu apa jadi). 10pagi saya pun keluar dari labor room barulah hubby tersenyum bila tgk saya n baby selamat. Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya syukur padamu ya Allah, semua tak sangka terlalu mudah saya bersalin ini semua atas restu yang maha Esa.


Nur Izzah Insyirah hari ke-dua

No comments:

Post a Comment