Wahhhhh sungguh cukup lama ku tinggalkan anjung ini, sejak lahirnya permata kedua ni sukar untuk mencuri masa buat ICF ni al-maklumlah ke semua masa telah di curi oleh kedua dua puteri kesayanganku ini tambahan pula cuti sekolah telah membataskan masa ku juga untuk meluangkan masa untuk mempostingkan sebarang cerita di anjung sepi ini.
Permulaan tahun ni mr.hubby memakbulkan impianku untuk hiasi quarters kami yg tak seberape indah tapi inilah rumahku syurgaku (Sebelum kami sampai ke suatu destinasi yang kami impikan). Hari demi hari berlalu, rupa-rupanya sudah hampir 2tahun aku telah meninggalkan alam pekerjaan semata-mata untuk memenuhi tanggujawab ku sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu. Walaupun tak bekerja ku tak pernah merasa sebarang kekurangan melainkan duit poket ku tp itu semua bukan masalah bagiku kerana apa yang aku dapat adalah lebih iaitu lebih banyak masa bersama anak-anak & suami, melihat anak-anak membesar di depan mata setiap hari ada saja karenah baru yang melucukan. Setiap hari tangan ku yang menyediakan makan minum anak-anak dan suami tersayang tanpa sebarang keluhahan malah aku merasa bangga dapat menyediakan makan minum untuk mereka, ini menambahkan lagi kasih sayang antara kami sekeluarga setiap hari mereka merasa masakan dari air tangan ku. Syukur pada tuhan aku dapat menjalankan tanggungjawabku walau tanpa sebarang upah tapi yang pasti aku puas kerana semua ku lakukan demi anak-anak tersayang.

No comments:
Post a Comment