Sunday, May 8, 2011

story oh story.....

As-salam.......

Rindu yang teramat sangat kat blog ni, cukup lama tak mengarang story mory pasal life seharian or lebih tepat time time yg menghappykan n menceriakan hidupku. Sekarang a little bit bizy coz almaklumlah dah bertemu cinta baru............hihihi byk sgt masa telah dihabiskan mempromotekan cinta hati terbaru tu kat orang orang kat luar sana. Kalau tak dihebahkan macammana orang nak kenalkan. Jangan salah sangka k cinta terbaru saya tu mr.hubby pun setuju 100% k, jom tengok pictos pacar terbaru ku itu

JAMU SERAPAT BONDA (BIZ TERBARUKU)

Ni la best friend saya sekarang hihihi...... k la stop dulu pasal JSB ni kita pegi ke next story. Beberapa minggu yg lepas sempat la mr.hubby bawak kami sekeluarga pergi jalan-jalan kat pekan lumut n pantai teluk batik. Tempatnya sungguh cantik n nyaman je kat tepi pantai teluk batik tu. Last minute punya plan so pegi sana 1 hari je tak sempat izati n izah main air makanan untuk berkelah pun tak ada memang macam koboi. Tapi best dapat bawak c.kecik 2 beradik ni pegi jalan-jalan, balik je semua kepenatan.




Orang paling seronok mesti la kakak Atie Ana tapi cian dia sebab tak dapat main air abah tak bagi main air coz time tu panas sangat. Tapi abah nak tebus balik weekend mr.hubby saya tu bawak la kakak Atie Ana kat swimming pool so terubat jugak la nak mandi manda.


Mula-mula kakak Atie Ana je yang masuk air kat kolam kecik je n tak ramai orang kat kolam tu. Then abah bawak kakak g swimming pool yang besar cikit n orang pun ramai jugak c adik Izah Insyirah pun mula la tak senang duduk nak turun jugak so apa lagi tukar baju c kecik tu. Lepas tukar je baju terus masukkan dia dalam air, ingatkan nak nangis rupa-rupanya dia seronok main air tu. Seronok sangat tengok dua beradik ni main air. Ok next time kita pegi swimming lagi k anak-anakku. K lah stop dulu kat sini at least terubat jugak rindu nak berblog....hihihi adios.....:)

Sunday, February 13, 2011

Impian tercapai sudah.....

Salam untuk semua yang rajin singgah di blog yang tak berape nak pamos ni, al maklum la empunya blog pun bukan dari kalangan orang orang yang tersohor pun cuma yang tercorot je hihihi emo la pulak. On dis post ada 2 citer yang nak saya kongsi dgn tamu tamu istimewa yang rajin singgah menyinggah blog ni.

Masa cuti raya cina e2 hali sompat jugak le pegi menyinggah umah mummy isya yang comel 2 kejap, bukan apa sambil sambil nk menjenguk kezen yang cukup spotting motting ni sorang alang alang nak memborong barang yang mummy isya jual. Ada la beberape item yang saya rembat, tq ek Pn. Masra Yusoff really like all the tomey2 item n really useful.

Next story ni saya sangat sangat la cuke coz starting new year mr.hubby dah menjadikan impian saya kenyataan(wah wah wah mcm falsafah pulak). Barang barang yang saya impikan selama ni dah pun saya dapat x de la kemaruk sangat tapi kalu dapat amat la teruja. Masa besday saya yang lepas mr.hubby dah hadiahkan beg yang sangat sangat la saya idamkan tq so much cayang really love it. Second item yang mr.hunny bunny saya bagi kat saya dinner set corelle yang sgt cumel cumel belake rasa sayang lak nk guna hihihihi. Next mr.hubby dah pun belikan meja makan so sekarang tak de la kami makan bersila lagi tapi kadang kadang suka gak makan kat bawah tak lupa jugak kami dah tempah langsir baru n sarung kusyen yang baru tapi sarung kusyen yang ni x berape cantik jahitannya tersangat la teruk sampai saya nak tengok pun malas sungguh x puas hati. Here some pictos yang saya snap untuk tatapan pengunjung setia blog ni.


Corelle idamanku shadow iris


Barang-barang yang di rembat kat umah mummy isya

Meja makan, langsir n sarung kusyen

Hadiah from mr.hubby

Saturday, January 15, 2011

Syukur.....

Salam untuk semua.......

Wahhhhh sungguh cukup lama ku tinggalkan anjung ini, sejak lahirnya permata kedua ni sukar untuk mencuri masa buat ICF ni al-maklumlah ke semua masa telah di curi oleh kedua dua puteri kesayanganku ini tambahan pula cuti sekolah telah membataskan masa ku juga untuk meluangkan masa untuk mempostingkan sebarang cerita di anjung sepi ini.

Permulaan tahun ni mr.hubby memakbulkan impianku untuk hiasi quarters kami yg tak seberape indah tapi inilah rumahku syurgaku (Sebelum kami sampai ke suatu destinasi yang kami impikan). Hari demi hari berlalu, rupa-rupanya sudah hampir 2tahun aku telah meninggalkan alam pekerjaan semata-mata untuk memenuhi tanggujawab ku sebagai seorang isteri dan juga seorang ibu. Walaupun tak bekerja ku tak pernah merasa sebarang kekurangan melainkan duit poket ku tp itu semua bukan masalah bagiku kerana apa yang aku dapat adalah lebih iaitu lebih banyak masa bersama anak-anak & suami, melihat anak-anak membesar di depan mata setiap hari ada saja karenah baru yang melucukan. Setiap hari tangan ku yang menyediakan makan minum anak-anak dan suami tersayang tanpa sebarang keluhahan malah aku merasa bangga dapat menyediakan makan minum untuk mereka, ini menambahkan lagi kasih sayang antara kami sekeluarga setiap hari mereka merasa masakan dari air tangan ku. Syukur pada tuhan aku dapat menjalankan tanggungjawabku walau tanpa sebarang upah tapi yang pasti aku puas kerana semua ku lakukan demi anak-anak tersayang.



Saturday, November 6, 2010

Luahan hatiku

Sayang.......

Senyumanmu adalah kebahagiaan ku
Kesedihanmu adalah kesengsaraan ku
Kelukaanmu adalah kesakitan ku
Kedamaianmu adalah ketenangan ku

Sayang ku hanya untukmu
Kasih ku hanya untukmu
Cinta ku hanya untukmu
Rindu ku hanya untukmu

Dirimu seorang
Suami yang bertanggungjawab
Ayah yang penyayang
Anak yang taat pada orang tua
Pendengar yang setia
Pembimbing yang sabar

Hari-hari yang dilalui bersamamu begitu bermakna bagiku
Hari-hari yang dilalui tanpamu terlalu kosong bagiku
Hari-hari yang akan di tempuhi tanpa mu kegelisahan bagiku
Hari-hari yang akan di tempuhi bersamamu menjanjikan kegembiraan bagiku

Aku bersyukur pada Allah telah menjadikan dirimu jodoh buatku, semoga hubungan yang terjalin ini akan terus berkekalan hingga ke akhirnya Insya Allah. Genap 5 tahun kita hidup bersama sebagai suami isteri, dirimu telah memberikan kebahagiaan yang tiada tandinganya dan kebahagiaan ini telah diserikan oleh 2 orang puteri yang telah mengeratkan lagi hubungan kasih sayang diantara kita berdua. Terima kasih yang tidak terhingga buat suami tercinta di atas segalanya shara sayang abang dengan sepenuh hati love u forever.

Tuesday, October 26, 2010

November is coming

Salam wat smua...........

Lagi beberape hari je nak masuk bulan November 2010 and month that i always waiting for something valueable in my life. Sejak 5 thn yg lepas bulan november merupakan bulan yang sentiasa dinanti coz bulan november ada 2 event yg besar dalam hidup saya. First ulang tahun perkahwinan saya and my cinta hati saya mr.suami Mohd Fakhruddin. This year genap 5 tahun ikatan kasih sayang cinta hati kami bersatu, rasanya baru semalam bergelar seorang isteri rupa-rupanya sudah 5 tahun dan mempunyai 2 puteri cahaya mata kami yang begitu menceriakan rumahtangga kami selama ini. Syukur kepada Ilahi diatas segala kebahagiaan yang telah di kurniakan kepada kami sekeluarga. Terasa begitu sempurna diri ini mempunyai suami yang bertanggungjawab, penyanyang dan sentiasa ada ketika memerlukan serta puteri-puteri kesayangan mama yang sentiasa mencuit hati mama dengan karenah masing-masing sudah cukup membahagiakan, tak perlu wang ringgit untuk mengecapi semua ini kerana itu semua tidak menjamin kebahagian hidup.

November ini juga merupakan hari lahir mr.suami yang ke-...... hampir 10 tahun mengenali cinta hati saya ni tak pernah miss untuk menyambut hari lahirnya tak kira jauh atau dekat walau hanya sekadar ucapan. Tahun mama nak wat something special untuk ayang tau wait k. Ok lah time to stop c kecik izzah dah bicing dah.

Wednesday, October 20, 2010

Anjung sepi

Assalamualaikum u allssss

Wahhhhhhhhh sudah lama ku tinggalkan anjung indah ini, bukan dah tak sudi tetapi keadaan menuntut masa yg lebih buat buah hati mama yang tersayang Nur Izzati & Nur Izzah. Terasa begitu windu nak berbloging, so untuk hilangkan windu itu walaupun hanya sekerat dua penulisan pun jadi lah asal terubat windu dihati(wah jiwang gitu). Sebelum hubby tercayang pulang dari mencari rezeki dan si anak-anak tengah kusyuk melayan cite kartun kegemaran ini la masa mama nak melepas windu kat blog ni.

Actually, banyak benda yg berlaku sejak akhir-akhir ni tp step by step k. Hari ni just warming up my fingers dulu, al-maklum la dah hampir sebulan lebih tak menjenguk anjung sepi ni kesian pulak sampai dah berhabuk dah. Bila ada baby kecik ni banyak masa dihabiskan utk dia je sampai kakak pun dah menampakkan ke jelesannya(tp still cayang baby). Tapi jangan ingat c kecik tu pun x jeles, asal kakak minum susu botol dia cibuk nk pegang jugak tak dapat pegang botol dia pandang kakak n botol mcm tak puas hati(nk minum susu dalam botol jgak ke cayang mama ni). Sekarang kakak dah independent cikit nak pape dah jarang melenting macam dulu-dulu lagi and kalau dulu tido nak kena mama peluk n gentel teliga dia tapi sekarang x peluk dia pun x pe asal dapat tido dengan adik. Baby izzah pun pandai bila kakak ada kat sebelah lena je dia tido sambil masukkan ibu jari tangan dalam mulut comel je mama tengok. Kakak Izzati sekarang pantang dengar baby izzah nangis cepat je dia pegi tengok adik n then dia ckp "adik....kakak ada ni" sambil pegang tangan adik terus baby izzah diam(Alhamdullillah suka mama tengok anak-anak mama mcm tu).

Sekarang baby izzah ada perangai baru siang tido malam berjaga, mama pun dah rasa tak betul dah poning kepala tak yah cakap la. Tambahan pulak dia tak nak tido bilik agaknya panas kot so tinggallah abah sorang2 tido dalam bilik mama n anak-anak tido luar lagi satu kesian lak kat mr.suami kalu tido bilik anak nangis dia lak tak leh tido esok nak keje lak. Kakak izzati lak mana adik tido kat situ la dia ada macam dah tak leh tido jauh ngan adik dah mesti tido nak kena ada adik(mama cuka sgt tgk kakak n adik tido sama-sama so sweet). Tak pe cayang siang mama tumpang tido sekali malam mama berjaga dengan anak-anak mama, penat tu tak yah cakap la memang penat sangat-sangat tido malam n tido siang ni lain.

Ok lah jap agi mr.suami dah nak balik nak gi siapkan makan masak dah siap cuma nak hidang je.

p/s - mummy isya hope terubat windu nak baca blog ambo yang tak seberape ni deh.




permata hati mama & abah love both of you so much cayang

Wednesday, August 18, 2010

Kelahiran Puteri Kedua Kami

Syukur kepada yang maha esa dengan izinnya saya telah selamat melahirkan Nur Izzah Insyirah Bt Mohd Fakhruddin seberat 3.2kg pada 3 Julai 2010 tepat jam 9.25pagi di Hospital Tumpat. Alhamdullilah bersalin kali ni cukup mudah hanya sakit sekejap saja berbeza ketika bersalin anak pertama. Saya pulang ke kelantan pada hari Jumaat 2 Julai 2010 bertolak selepas hubby selesai solat jumaat dan kami tiba di rumah mentua saya jam 9 mlm. Dalam pukul 2 pagi saya mula rasa sakit sikit sikit sampai pagi saya tak dapat tidur sbb sakit kemudian selepas solat subuh sakit makin kuat terus saya kejutkan mr.hubby ajak gi hospital. Sampai kat hospital jururawat bawak saya ke wad bersalin n time tu jalan baru buka 2cm so saya ditempatkan di wad dulu coz jururawat tu agak maybe tengah hari baru saya bersalin tapi tak sampai 5 minit saya rasa sakit sangat n then air ketuban pecah beserta dgn darah. Saya terus dibawa ke labor room, nak dijadikan cerita semua jururawat kelam kabut mana taknya barang-barang semua tak ready lagi and time tu tak tahan sgt rasa nak naik katil pun tak sempat dah. Tak sampai 15 minit saya selamat melahirkan puteri kami Nur Izzah Insyirah(nama ni hubby yang pilih). Terlalu cepat sampai hubby pun tak sempat nak masuk labor room(gelisah hubby kt luar tunggu apa jadi). 10pagi saya pun keluar dari labor room barulah hubby tersenyum bila tgk saya n baby selamat. Alhamdullillah Allah permudahkan segalanya syukur padamu ya Allah, semua tak sangka terlalu mudah saya bersalin ini semua atas restu yang maha Esa.


Nur Izzah Insyirah hari ke-dua